relationship

Jika jodoh boleh dipilih, aku nak yang bekerjaya profesional seperti Engineer. tak bekerja shift mahupun oncall. sebab aku takut nak tido sorang-sorang malam-malam. Bila suamiku out-station keluar negara, bolehlah aku ikut sekali mengenali dunia luar tanpa menyusahkan diri sendiri dengan terpaksa meminta cuti yang lama jika aku masih bekerja. kalau nak harapkan aku simpan duit semata-mata nak ke oversea, bila entah aku boleh sampai ke sana.

Jika jodoh boleh dipilih, aku nak suamiku yang tak membenarkan isterinya bekerja. bermakna, dia nak isteri yang suri rumah sepenuh masa. Jadi, bolehlah aku menukang didapur sebab aku tahu aku ni bukannya pandai sangat memasak. jadi, aku akan ada masa yang banyak untuk mencuba main masak-masak sendiri didapur. Aku akan ada banyak masa untuk diluangkan terhadap minat aku iaitu menghias rumah dan menjahit baju. Bila ada anak-anak, dapat aku mendidik anak-anak aku sepertimana ibuku mendidik aku sehingga dewasa. mencuci sendiri pakaian suami dan anak-anakku. dapat juga aku mengejutkan suami dan sediakan sarapan pagi untuk dia ke kerja dan menjaga harta dan rumahnya. dapat juga aku menunggu kepulangan dia dan menyediakan minum petang. dapat menghilangkan rasa letih dan tekanan ditempat kerja dengan mempersiapkan diri dan tersenyum manis apabila dia memandang kearah wajahku.

Jika jodoh boleh dipilih, aku nak lelaki yang manis rupanya tidaklah puas aku menatap wajahnya tiapkali dia pulang dari tempat kerjanya. 

Jika jodoh boleh dipilih,  aku mahukan lelaki yang pandai mengawal psikomotornya sendiri dengan sentiasa dapat mengawal kemarahan. walaupun dalam keadaan marah kerana aku melakukan kesilapan, dia masih lagi dapat mengawal kemarahan dan memberi nasihat dengan cara yang penuh kelembutan. tidak pernah meninggikan suara, lelaki yang sentiasa dapat memberi kata-kata perangsang, dorongan dan nasihat berlandaskan agama.

Jika jodoh boleh dipilih, aku mahukan lelaki yang romantik dan memahami hati wanita. sentiasa memberi kejutan dan memujuk dengan kata-kata yang manis agar aku sentiasa tenang dan percaya pada dirinya.secara tidak langsung, aku akan taat akan perintahnya dan menghormatinya sebagai imamku. Juga lelaki yang pandai bermain dalam diam bermakna, dalam situasi tanpa sebarang kata-kata dia dapat meluahkan rasa cintanya kepadaku tanpa lidah berkata-kata dan hanya terukir senyuman dan pandangan mata yang ikhlas dilemparkan kearahku.

Jika jodoh boleh dipilih, aku inginkan lelaki yang pandai berjenaka dan setiap detik membincangkan sesuatu yang memberi perkembangan minda.bukan cakap kosong lagi mengarut. supaya dia tidak bosan denganku kerana aku seorang yang pendiam. seorang yang berfikiran jauh dan matang supaya dapat membimbing aku bila aku keliru dengan keputusan sendiri yang dianggap tepat.

Jika jodoh boleh dipilih,  aku nak lelaki kampung yang pandai memanjat pokok, bertukang, rajin dan lasak. bolehlah nanti dia menolong ayahku berkebun dan membuat kerja-kerja berat yang lain.

Jika jodoh boleh dipilih, aku nak suami yang sangat sayangkan aku dan tak pernah mencintai mana-mana perempuan lain sebelum ini. biar aku jadi yang pertama dan terakhir buat dirinya. 

Jika jodoh boleh dipilih,  aku inginkan lelaki yang boleh menjadi imam dan membimbing aku kearah jalan Allah sesungguhnya aku insan yang masih terumbang ambing dan memerlukan bimbingan. dapatlah aku belajar mengaji mengikut tajwid yang betul bergurukan suamiku sendiri. bolehlah aku solat berjemaah setiap kali masuk waktu solat dan juga menghiasi malam-malam kami berdua dengan tahajjud dan qiamulai. tak kurang dengan itu, dia boleh mengimamkan jemaah yang hadir bersolat disurau arwah datukku yang berhadapan dirumah ibu bapaku sekarang. itulah yang paling penting untukku dalam kehidupan supaya dia boleh membimbing aku dan juga anak-anakku kelak. :)