Friday, February 12, 2016

awak : 2.0

awak,kenapa awak sombong?
awak, kenapa awak tak pandang saya?
awak,kenapa awak nakal?
awak, kenapa awak suka gaduh?
awak kenapa awak terima dia sebagai teman wanita awak?
sebab dia cantikkah?? memang dia sangat cantik dan ayu.saya akui.

awak, saya suka awak.
tapi saya pemalu.takut.
awak ‘high profile’.
saya ‘low profile’.
awak ramai peminat.pujaan wanita.
awak punyai teman.
saya tak layak.saya sedar.

awak,
awak tak pernah perasan saya selalu pandang awak.
dari jarak jauh saya pandang.
dan akan menatap, membaca gerak geri awak.
awak, pertama kali saya terserempak awak dekat tangga.
setiap pagi nak masuk kelas.
saya suka awak.
awak berpakaian kemas dan ‘good looking’.
awak pandai buat lawak.
awak tak perasan sayakan.
saya selalu datang pukul 7.10pagi sebab masa tu saya boleh terserempak dengan awak.
masa tu saya tak kenal awak.
seorang yang menjadi kegilaan wanita kat situ.
saya tahu dari kawan saya siapa awak.

awak,
awak tahu tak,
saya selalu akan selidik siapa awak.
saya tak perlu biodata awak.
saya selidik sendiri.

nama penuh awak,
tarikh lahir awak,
nombor kad pengenalan awak,
kat mana rumah awak,
berapa adik beradik,
awak dapat nombor berapa dalam kelas,
sampai abang awak pun saya boleh tahu.
awak dan abang awakkan kegilaan wanita..

awak,
awak atlit sekolah.
atlit hoki.wakil negeri.
awak berbakat sangat.
awak selalu berlatih dekat sekolah dengan abang awak.
saya berlatih kawad.
lepas kawad saya tengok awak berlatih dekat padang.
kekasih awak pun ada.
saya tengok, awak pandai main.
saya suka tengok awak main hoki.

awak,
awak atlit sekolah.
atlit ‘sprinter’.
awak pegang 100meter.
awak lari laju.
saya suka tengok masa awak wakil untuk rumah waja.
kita sama-sama satu pasukan.
awak naikkan pasukan kita.
saya bangga dengan awak.
awak wakil negeri dapat pergi khusus atlit untuk sprinter.
awak lari selalu dapat nombor satu.

awak,
tak sangka kita banyak persamaan.
kita rumah waja,
kita KRS,
kita kelab kemahiran hidup,

awak,
awak tahu tak,
setiap hari saya pasti akan cari awak.
cukuplah sekadar melihat.
sudah memadai untuk bagi semangat.
kalau saya terserempak dengan awak,
muka saya akan blushing.
kawan saya selalu usik-usik saya.
biarlah awak tak tahu.
awak,
hari tu awak usik saya dekat pintu bilik air.
masa tu saya nak basuh tangan.
saya malu.saya diam.saya buat tak tahu.
dalam hati saya gembira.awak tak tahu.

awak,
tahun ni saya dah tak nampak awak.
awak pergi mana??
awak pergi teknik??
kenapa tak bagitahu??
macam mana awak nak bagitahu.awak tak kenal saya.
saya cari awak tahu tak!
setiap hari cari awak.
saya datang pukul 7.10.
awak tak ada.
saya sedih.
semangat saya jatuh.
saya pergi bilik air sorang-sorang.
saya dah tak nampak awak.
saya duduk dalam bilik air.
bermonolog dalam diam.

“jika aku tak jumpa kau mulai hari ni kat sini, kau bukan milik aku dialam ini.tapi, kau akan menjadi milik aku di alam selepas  persekolahan untuk selama-lamanya.”

ya!
saya sudah tak jumpa awak.
hati saya menangis.
lepas kawad senior bercerita yang awak dah pergi teknik.
awak putus dengan kekasih awak.
kekasih awak yang putus.
memang kita dah takkan jumpa kat sini lagi.
hati saya pilu.
tapi tak apa.
sekejap sahaja kita berjauhan..

awak,
hari ni saya dah ada kekasih.
hari ni saya dah gembira.
namun,awak saya takkan padam.
sebab awak telah menceriakan zaman remaja saya.
awak, saya peminat awak.dalam diam.

awak,
saya jumpa seseorang dialam menara gading.
raut wajahnya mirip awak.malah lebih daripada awak.
awak,saya terima dia sebagai teman hidup saya.
awak,saya tahu awak tak tahu apa-apa pasal saya.
tapi saya tahu pasal awak.
awak jadi kapten hoki kan.
awak pemain terbaik kuala terengganu kan.

awak,
awak tahu siapa kekasih saya.
awak kenali dia lebih pada saya kenali dia.
sebab dia adalah awak. (2008-2015)

                                       nukilan 14/12/2010..













12/2/2016,

awak, dah bertahun waktu berlalu,
siang bersilih ganti malam,
hari bersilih ganti bulan, tahun..
kita banyak meremaja bersama.
dewasa dan matang bersama..
dalam masa yang sama kita penuh dosa.
7 tahun kita mengumpul dosa.
hingga dipenghujung waktu,
saya telah serik mendesak untuk disatukan dalam ikatan yang sah
awak...
terlalu banyak kemungkinan yang menyebabkan diri awak tertangguh tangguh
membawa beban dosa bersama saya saban hari,

suatu hari,
saya nekad.
nekad melepaskan diri dari kemelut dosa
maafkan kerana tak dapat setia lebih lama
kita tidak dijodohkan bersama
bukan namamu di Luh Mahfuz untuk kita bersama
saya menyendiri jauh dari awak.

awak membawa diri mencari rezeki ditengah lautan
saya tak perlu wang yang banyak.
cukup sekadar kasih yang sentiasa disisi.
saya nampak masa depan saya dan awak tiada.
awak terlalu sayangkan rezeki dilaut

tak mengapa,
biar saya yang mengundur diri.
tangan yang terlalu menggenggam kuat terpaksa dilepaskan
akhirnya, saya dengan pasangan saya
dan awak dengan pasangan awak.

Allamdulillah,
saya dah bersuami bersama jejaka yang telah ditakdirkan bersama saya
dan awak dengan pasangan awak.
sekarang kita menjalani kehidupan haluan masing masing
tak lagi bersama

cukup pelajaran kita selama 7 tahun.
masing-masing mempunyai pasangan yang paling sempurna untuk diri sendiri.
selamat tinggal awak. terima kasih diatas perkenalan ini.

saya bahagia disampingnya.
doakan hingga saya dan suami kekal bahagia hingga ke Jannah.

No comments:

Post a Comment