Friday, October 11, 2013

persoalan

 

Mengapa perlu jatuh cinta pada mereka yang bukan milik kita?

mengapa perlu memberi perasaan yang hakiki pada insan yang sementara?

Mengapa orang yang ditinggalkan dikenang kembali?

Mengapa takdir meletakkan kita dipersilangan perjalanan yang berlawanan?

Persimpangan waktu dahulu telah menjerat semula diri aku.

Persimpangan yang penuh duri menusuk hati namun tersimpannya rindu pada secebis usia.

rindu pada mereka yang telah aku tinggalkan.

rindu pada rezeki yang telah aku menolak.

adakah aku kufur nikmat?

aku mohon berikan aku jawapan pada persoalan yang sering berlegar diminda,

 

apa jua yang terjadi ada hikmahnya.

sakit, perit pedih sedih ada manisnya.

tuhan telah mengatur perjalanan yang terbaik pada hambaNya

sentiasa bersangka baik pada Pencipta.

 

Hati tidak dapat berbohong kerana jernihnya air mata….