Wednesday, May 22, 2013

beban

 

apabila tanggungjawab yang berat dibeban diatas bahu ni, kadang terasa nak merangkak pon ada. tapi apakan daya, reputasi pun perlu dijaga. maruah diri perlu diatas kepala. entah lah, aku pun tak tahu apa yang nak diluahkan. kerja belajar memang banyak. berkumpulan tu lebih sakit dari kerja seorang diri. masa tak dapat dibahagi dengan sempurna. tunggang langgang hidup sekarang. yang penting, aku lebih suka kehidupan aku sekarang berbanding kehidupan kerja di TNB dimana tiap hari kena maki hati tak tenang menggigil tiap kali bekerja tapi tak siapa yang faham dan bertanggungjawab atas kebajikan pekerja. memang surga dunia bila hujung bulan sebab gaji masuk memang banyak bertambah masa lebih bekerja. tapi hati aku ni halus. aku tak sanggup disitu.berbalik apa yang aku berada sekarang, aku terasa terkejut bila tanggungjawab diserahkan pada aku. aku takut tak mampu buat yang terbaik pada semua orang. aku kekok. aku tak yakin dengan diri aku. by hook or by crook aku paksakan relakan hati dan diri berdepan dengan cabaran begini. kerja belajar buat aku tak tidur malam. tak kenal erti nikmat tidur atau makan dengan tenang. dari awal masuk hingga sekarang aku tido merempat. atas meja, atas keyboard, dekat kelas, dekat dewan belajar… tapi hasilnya macam setitik peluh yang menitik. tak apa. aku redha. bertambah dengan beban dibahu, buatkan hidup aku lg berpusing-pusing.aku tak hidup normal macam dulu.masa tak menentu. ada saja yang perlu dibuat. yang memeritkan aku adalah event futsal baru-baru ni dimana sepatutnya organisasi perlu menguruskan futsal tersebut. memandangkan ramai jawatankuasa berkonvo, tinggalah aku dan ketua. lagi menyedihkan, bila dikerah orang yang masih berbaki, namun hampas saja yang dikasi. tak mengapa. dari sekecil-kecil benda kepada sebesar-besarnya hanya tinggal aku berdua. bila situasi tu yang menguruskan segala, pasti ada cacat cela. namun, mejoriti peserta lelaki sangat terhibur dan berpuas hati. tapi masih ada yang tidak pernah berpuas hati. menyebabkan terguris hati aku. tapi tak mengapa. mereka tak faham situasi sebenar walapun diterangkan pada mereka. event tersebut buat aku rasa tersangat jatuh ketanah. hijab yang selama ni menyelubungi mata aku tersingkap dan aku nampak apa yang benar apa yang tak. aku kesal. tapi apakan daya, tak terdaya dengan kudrat aku malah menyimpang jauh dari pemikiran cetek aku ni. aku harap, orang-orang yang punyai beban dibahu seperti aku, tolong lah sedar. buat apa-apa bukan atas kita sorang je yang suka atau minat, tapi untuk kebajikan semua komuniti yang bergantung pada kita. jangan benda yang kau suka dah setel, benda yang penting, kau butakan.. harapan aku, program yang lebih besar ni jauh lebih berjaya dari yang sebelum. Amiin.

Saturday, May 11, 2013

mati

 

mati.

mati bukan bermaksud tamatnye kehidupan kita tetapi mati adalah pembukaan kepada kehidupan kita di alam yang seterusnya dimana segala amalan didunia ini akan diperhitungkan.
mati bukan penyelesaian kepada masalah dikehidupan didunia ini tetapi pemberi masalah yang lebih besar kepada kita jika memilih kematian sebagai jalan penyelesaian kepada masalah di dunia ini.
jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah sebelum kita mati (membunuh diri) kita menerima akibat yang lagi besar dialam yang lain dan semasa itu kita sudah tidak boleh membuat apa-apa mahupun menyesal.

hidup didunia ini adalah sebagai tempat kita mengumpul segala bekalan dialam yang lain kelak. beribadat, bertakwa, patuh segala perintah Allah n meninggalkan laranganNya adalah bekalan asas kepada kita..