Monday, April 22, 2013

kasihNya masih ada…

 

|marissa|malik|saufi|nana|amy

 

“kau banyak salah pada aku. berbalik juga padaku. kita perlu perbetul apa yang tersilap. maaf. aku pergi dulu. kau cari kehidupan kau.” marissa.

“aku tak mampu hidup tanpa kau. kau umpama sebahagian dari nyawaku. jangan pergi.” malik.

 

bulan hanya berputar dipaksinya tak lambat dan tak cepat….

 

kaukah saufi?

maaf tak. kau salah orang.

 

marissa, ada yang sanggup tunggu aku. tapi aku tetap tunggu kau.

malik, jangan tunggu aku dan jangan bazirkan masa perempuan tu. go ahead and get a new life malik..

 

sejenak…

 

|sesi perkenalan diri|

 

nama aku saufi, aku tinggal …….. blablabla

 

kau rupanya saufi… (dalam hati)

 

saufi, kau kenal aku?

betul, aku kenal kau..

 

sejenak….

 

marissa, jom aku ajak kau tengok wayang.

ha? oh! aku suka! jom.

 

kau tau, aku tak pernah alami segala ini. kau umpama mengajar aku sebahagian kecil dunia yang sebelum ini aku buta.

tak da hal punya. kau pasti gembira. banyak benda yang aku nak tunjuk pada kau.

aku rasa bahagia! sungguh!

 

aku nak bawa kau kat  satu tempat. tempatnya sunyi. kau berani?

aku suka cabaran. pasti tempat tu menarik kan! tak sabar.

marissa, pandang kiri.

tiada apa.cuma hutan… (beberapa saat) wah! cantiknya! aku tak pernah nampak kawasan ini! sungguh cantik dan menenangkan.

kat sini kau boleh tenangkan fikiran kau yang kusut.

betul… (menghayati pemandangan yang indah)

 

aku tenggelam dalam lamunan bayangan. sesaat, terasa bahagia menenggelam hati luka. semuanya berlaku sepantas kilat.

 

seharian berlalu….

 

“titt titt” (tone mesej)

celcom offer.

kecewa. mengapa kau mendiam? ?? ?? terlalu banyak persoalan.

 

saufi! kau kemana?!

aku kat sini. ada kerja sikit.

oh! jap aku datang! …………………. terdiam

aku nampak dia. maaf, hati aku terguris tanpa sedar. mata, bibir dan lidahku sedaya upaya menyembunyikan perit itu.

 

“titt titt”

marissa, tolong aku sikit boleh? rumit sikit hal ni. –saufi-

[tersenyum] ok. bleh je.. aku tolong kau.

aku gembira kerja ngan kau. lain kali tolong aku lagi ye.

tak de hal lah. aku pun gembira kerja dengan kau.

kau rindu aku?

pasti.

sama..

 

hati berbunga kembali..

 

seminggu…

marissa… aku ada benda nak cakap sikit.. –nana-

ye, ada apa nana?

pasal saufi..

kenapa dia?

aku nampak dia… aku tak suka perbuatan tu..

apa kau nampak?

em, em… aku terus terang lah. emy yang nampak sebenarnya baik kau tanya emy sendiri.

 

sejenak…

emy, aku nak tanya kau. dari hati ke hati.

ye, pasal apa ni? pelik bunyinya.

emy, aku suka kat saufi. kau kawan aku. aku nak tanya kau suka tak aku kawan dengan dia?

em… maaf, sejujur, aku tak suka kau kawan dengan dia. aku tak suka perbuatan dia. mulanya aku cuba untuk diamkan diri supaya kau tak disakiti. namun, aku faham kau lagi sakit bila kau tak tahu apa-apa..

terima kasih emy.. aku pun rasa begitu..

marissa, malik jauh lagi baik dari saufi. kau dah lama kenal malik. saufi sesaat saja.

malik ada orang lain lah emy..

oh! maaf aku tak tahu..

 

semalaman…

 

marissa, kau sibuk? aku nak bincang sikit.

ye malik. aku sibuk sangat-sangat.

sesaat. please.

baiklah..

 

marissa, aku nak confess kat kau. aku reka cerita. aku tak nak kehilangan kau. tolonglah..

aku amat faham perasaan kau, maaf aku lukakan hati kau juga..

marissa, kau ada masalah cerita kat aku. orang baru tempat kau sangat bahaya. tambah-tambah perempuan seperti kau.

em… kau saja tempat aku mengadu. aku cuma ada kau sorang saja. terkadang aku terasa hidup aku sekarang umpama drama. tapi itulah hakikat dunia ini. kau kekuatan aku. kau sorang nampak aku lemah sebab kau saja boleh kuatkan aku. takde siapa boleh tandingi kau dalam hati aku. Tuhan tak beri apa yang aku inginkan tapi Tuhan bagi apa keperluan aku. aku biarpun kau tak seperti apa yang aku idamkan (seperti saufi) namun kau lah lelaki yang aku perlukan.

apapun keadaan kau, aku sangat pasti kau akan kembali pada aku. ini kali yang ke empat. aku sebak, Tuhan telah kabulkan doa-doa aku selama ini.

kau lelaki yang tabah dan setia. maafkan aku..

kasih Tuhan pada kau masih ada. Dia sayangkan kau. Dia taknak kau jadi jauh lebih teruk. kau orang baik..

em..

 

 

SAM_1184

No comments:

Post a Comment