Thursday, January 10, 2013

Unfortunately.

 

9504_282594721862609_669224557_n

Segala kejadian yang telah diaturkan olehNya mempunyai hikmah disebaliknya. tipulah kehidupan seorang manusia tu sentiasa duduk diatas saja, pasti dia pun pernah merasa duduk dibawah. hidup ini ibarat roda, kadang diatas kadang dibawah. yang dibawah jangan risau, anda tidak selamanya dibawah dan yang diatas pun sama, usah risau kerana anda juga akan merasa duduk dibawah. Semua itu adalah kesan daripada sebarang tindakan yang kita ambil untuk terus maju kehadapan. tipulah kalau manusia tak pernah buat kesilapan. Nobody perfect. Kadang, tuhan menguji kita dengan kesusahan dan terkadang tuhan menguji kita dengan kesenangan, kemudahan dan keselesaan. Apa yang perlu teguh didada adalah menerimanya dengan penuh bersyukur dan membuat sesuatu perkara dengan nama Allah dan kerananya kita melakukan semua perkara.

 

 

twrn tnb

Bersyukur bukan bermaksud kita menyerah. Terkadang manusia alpa. ada yang meneruskan jalan yang telah ada didepannya dengan alasan aku memang ditakdirkan untuk ke jalan ini. Tidak! tuhan hanya menguji sejauh mana usaha kita untuk mencapai apa yang kita nak sebenarnya. Takdir itu ada dua, iaitu Takdir Mubram dan Takdir Muallaq. Takdir Mubram ialah takdir yang tidak boleh diubah, misalnya mati, mati adalah sesuatu yang tidak boleh diubah kerana ia pasti berlaku ke atas setiap insan. Takdir Muallaq pula ialah takdir yang boleh diubah dengan cara berusaha dan berdoa kepada Allah. Misalnya, seseorang yang bekerja dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, dia boleh berusaha dengan melakukan kerja-kerja sampingan dan berdoa supaya ditambah rezekinya. (NasbunNurain, 2011).

 

 

 

temuduga prncng

Rezeki daripada tuhan siapa pun tidak menduga. setiap anak adam yang dilahirkan telah dijanjikan rezeki masing-masing. Apa yang penting berusaha. Menanam padi sekangkang kera manakan dapat sebendang beras. begitulah perumpamaan kepada usaha. jika kita berusaha lebih maka hasilnya juga lebih. kalau bukan sekarang pun, berkemungkinan dimasa hadapan. jangan risau, tuhan maha adil. Tidak ada salah bagiNya. semuanya telah disusun elok dan terbaik kepada hambaNya.

 

 

keputusan prncng

Usaha bersedih jika masih tidak dapat apa yang kita inginkan. Walau air mata menjadi peneman, ingatlah lilitkanlah ia pada doa-doa mu supaya kita harus ingat kehidupan kita adalah bergantung seratus peratus kepadaNya. janga pernah lalai dalam melakukan tanggungjawab wajib sebagai seorang umat Islam. Kegagalan sekarang bukan bermaksud gagal selamanya. kegagalan hari ini adalah penyebab untuk kita lagi kuat dimasa hadapan. Apa yang kita lalui sebelum ini boleh dianggap sebagaisatu “training” untuk kita hadapi apa yang sebenar dimasa hadapan. Mungkin sekarang bukan waktunya lagi sebab sekarang bukan yang terbaik untuk diri kita. tuhan nak bagi yang terbaik untuk kita tapi belum tiba masanya. Kita perlu bersabar sepenuh hati dan sentiasa meletakkan harapan hanya padaNya. Niat adalah penting. Jika niat dah salah, maka itu bukan terbaik untuk kita. Pembohonglah kalau cakap aku tak sedih tak dapat jawatan kat atas ni. sebab masa temuduga tu hanya 9 peserta saja dan 3 orang je yang lepas untuk keujian teknikal dan aku salah seorang daripada 3 tersebut. bertambah luluh hati bila dapat tahu kedua-dua dapat tapi aku je yang tak lepas. tapi tak apa, aku tahu, hidup ni bukan selamanya dbawah. mungkin jawatan ini tak sesuai untuk aku dikemudian hari kelak. Syukur.

 

pemakluman uia

keputusan uia

Hati harus sentiasa nekad untuk terus berusaha tanpa henti. banyak kegagalan yang aku lalui. terlalu banyak. boleh kata dari aku di sekolah rendah hinggalah aku di university setahun yang lepas. Apa-apa kegagalan yang telah lalui perlulah redha menerimanya. Mungkin usaha masih belum cukup untuk mendapat kejayaan yang sebenar tanpa belas kasihan dari orang dan hasil dari diri sendiri. Ya, tak ada istilah bodoh dan cerdik. cuma ada istilah rajin atau malas saja. Cuma kita saja yang dapat menentukan kita ni cerdik atau bodoh. Tak dapat masuk universiti tak semestinya orang tu bodoh. terfikir sejenak dengan kata-kata seorang jutawan dunia ni, “I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft.”

banyak kata-kata rangsangan dan kisah benar dari orang terdekat dengan aku yang membuatkan aku terus kuat untuk tempuhi segala yang ada dihadapan. antaranya:-

 

-Jangan berangan nak dapatkan apa yang kita nak jika kita tak berani ambil risiko. (arpatlizz classmate dip)

-I left the hardest situation after I can handle it so that it can be a sweetest memory in my life. –myself

- “My dream to become a teacher was shattered loose. I got a job that what I learnt at University but I refused because I have no interest with that. I resigned and continue my study. With the hopes, I tried to apply a job as a lecturer and I did. Now, I am a lecturer for teacher-to-be.”

- “Cekalkan hati. Rezeki In Syaa Allah ada dimana-mana. Nak berhijrah, hati sentiasa akan diselubungi dengan keraguan, bila kita dah mulakan dengan langkah pertama, In syaa Allah kita akan nampak jalan.” - kakak.

-You've got to find what you love. And that is as true for your work as it is for your lovers. Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking. Don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on. So keep looking until you find it. Don't settle." - Steve Jobs.

Smile

xo~

4 comments:

  1. Hye anis.. aku silent blogger.. mf kalu aku ckp aku,aku mmg mcmni.. aku hrp ko kuatkan smgat,smua ujian tu bt kita mkin mtang akan dtang.. kta xbjya bkn sbb kta xlyak tp.. blum rezeki mungkin.. aku pun mcm ko gak.. byk ujian aku tempuh.. dpt interview kej2 y mmg aku idam2kan sgt tp xbjya jgk..bkn skali tp bkali2,skrng msih bkje kontrak.-_-'' ,gila x stress kdng rsa down sgt2.. tp xpela.. jgn putus ase owkeyh....!! :) p/s perkara pling penting dlm hidup hidup adalah bukan pada tmpat kita brada tp ke mana arah kita nk tuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trime ksih sbb sudi singgah cni. :-) yup sgt setuju hidup adlh bkn pd tmpt kita berada tp ke mna arah kita tuju. :-) semoga anda jgk dpt capai mtlamat hidup anda jgk. Amiin.

      Delete