Monday, January 21, 2013

hijau

 

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari


Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang


Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan


Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau


Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat


Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini


Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto


Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

precious thing

 

lelaki, silalah baca hati wanita.

gf: awak tak pernah bagi saya sesuatu. awak seolah-olah takut untuk memberikan bukti kepada saya. benarkah awak mencintai saya?sebentuk cincin pun tak pernah berikan pada saya. malah tiap kali birthday saya tak pernah awak berikan apa-apa pada saya..

bf: Ooo.. itu lebih penting bagi awak ya?… tunggu saya kumpul duit RM10,000.00 dulu. baru saya bagi sesuatu dekat awak. (nada sinis)

gf: bukan itu yang saya nak! sebagai contoh, kita pergi mall dan saya tertarik dengan sebentuk cincin lalu meminta awak belikan kepada saya. memang awak boleh belikan. tapi bukan itu yang saya nak. itu bukan sesuatu yang membuktikan awak mencintai saya setulus hati saya. itu dikira awak belanja saya cincin tu.. saya nak awak berikan saya sesuatu yang saya boleh nampak dan apabila rindukan awak, saya boleh lihat benda tu. saya nak sesuatu yang saya tak pernah mintak dan awak secara tiba-tiba memberikannya kepada saya. walaupun harganya tak sampai RM5.00. Itu yang lebih berharga dari apa yang saya mintak.

bf: ok. saya faham..

gf: maaf buat awak terasa.

kenapa,

 

kenapa dalam ramai-ramai orang saya jumpa awak?

kenapa dalam ramai-ramai orang awak jumpa saya?

dan masing-masing mempunyai perasaan yang sama?

sebab Tuhan jodohkan kita berdua tika itu.

sehingga bila kita pun tidak tahu. :)

Wednesday, January 16, 2013

Monday, January 14, 2013

Seputih salju

 

Saat aku memelukmu,

Aku rasakan seperti ais menyentuh lembut kedadaku.

Dan mulai cair membasuh hitam hatiku.

Saat kehitaman mengalir bersama cairanmu,

menyisih dari hatiku,

Saat itu menerbitkan rasa sayu.

Menggeletar setiap nadi tubuhku

Terasa hinanya aku.

Menyiksa diri dengan buaian dosa,

Bergelumang dan bermandikan maksiat.

Tika itu, aku merasa setitis kesucian.

Cuba untuk membersihkan diri yang berdosa ini…

Thursday, January 10, 2013

Unfortunately.

 

9504_282594721862609_669224557_n

Segala kejadian yang telah diaturkan olehNya mempunyai hikmah disebaliknya. tipulah kehidupan seorang manusia tu sentiasa duduk diatas saja, pasti dia pun pernah merasa duduk dibawah. hidup ini ibarat roda, kadang diatas kadang dibawah. yang dibawah jangan risau, anda tidak selamanya dibawah dan yang diatas pun sama, usah risau kerana anda juga akan merasa duduk dibawah. Semua itu adalah kesan daripada sebarang tindakan yang kita ambil untuk terus maju kehadapan. tipulah kalau manusia tak pernah buat kesilapan. Nobody perfect. Kadang, tuhan menguji kita dengan kesusahan dan terkadang tuhan menguji kita dengan kesenangan, kemudahan dan keselesaan. Apa yang perlu teguh didada adalah menerimanya dengan penuh bersyukur dan membuat sesuatu perkara dengan nama Allah dan kerananya kita melakukan semua perkara.

 

 

twrn tnb

Bersyukur bukan bermaksud kita menyerah. Terkadang manusia alpa. ada yang meneruskan jalan yang telah ada didepannya dengan alasan aku memang ditakdirkan untuk ke jalan ini. Tidak! tuhan hanya menguji sejauh mana usaha kita untuk mencapai apa yang kita nak sebenarnya. Takdir itu ada dua, iaitu Takdir Mubram dan Takdir Muallaq. Takdir Mubram ialah takdir yang tidak boleh diubah, misalnya mati, mati adalah sesuatu yang tidak boleh diubah kerana ia pasti berlaku ke atas setiap insan. Takdir Muallaq pula ialah takdir yang boleh diubah dengan cara berusaha dan berdoa kepada Allah. Misalnya, seseorang yang bekerja dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, dia boleh berusaha dengan melakukan kerja-kerja sampingan dan berdoa supaya ditambah rezekinya. (NasbunNurain, 2011).

 

 

 

temuduga prncng

Rezeki daripada tuhan siapa pun tidak menduga. setiap anak adam yang dilahirkan telah dijanjikan rezeki masing-masing. Apa yang penting berusaha. Menanam padi sekangkang kera manakan dapat sebendang beras. begitulah perumpamaan kepada usaha. jika kita berusaha lebih maka hasilnya juga lebih. kalau bukan sekarang pun, berkemungkinan dimasa hadapan. jangan risau, tuhan maha adil. Tidak ada salah bagiNya. semuanya telah disusun elok dan terbaik kepada hambaNya.

 

 

keputusan prncng

Usaha bersedih jika masih tidak dapat apa yang kita inginkan. Walau air mata menjadi peneman, ingatlah lilitkanlah ia pada doa-doa mu supaya kita harus ingat kehidupan kita adalah bergantung seratus peratus kepadaNya. janga pernah lalai dalam melakukan tanggungjawab wajib sebagai seorang umat Islam. Kegagalan sekarang bukan bermaksud gagal selamanya. kegagalan hari ini adalah penyebab untuk kita lagi kuat dimasa hadapan. Apa yang kita lalui sebelum ini boleh dianggap sebagaisatu “training” untuk kita hadapi apa yang sebenar dimasa hadapan. Mungkin sekarang bukan waktunya lagi sebab sekarang bukan yang terbaik untuk diri kita. tuhan nak bagi yang terbaik untuk kita tapi belum tiba masanya. Kita perlu bersabar sepenuh hati dan sentiasa meletakkan harapan hanya padaNya. Niat adalah penting. Jika niat dah salah, maka itu bukan terbaik untuk kita. Pembohonglah kalau cakap aku tak sedih tak dapat jawatan kat atas ni. sebab masa temuduga tu hanya 9 peserta saja dan 3 orang je yang lepas untuk keujian teknikal dan aku salah seorang daripada 3 tersebut. bertambah luluh hati bila dapat tahu kedua-dua dapat tapi aku je yang tak lepas. tapi tak apa, aku tahu, hidup ni bukan selamanya dbawah. mungkin jawatan ini tak sesuai untuk aku dikemudian hari kelak. Syukur.

 

pemakluman uia

keputusan uia

Hati harus sentiasa nekad untuk terus berusaha tanpa henti. banyak kegagalan yang aku lalui. terlalu banyak. boleh kata dari aku di sekolah rendah hinggalah aku di university setahun yang lepas. Apa-apa kegagalan yang telah lalui perlulah redha menerimanya. Mungkin usaha masih belum cukup untuk mendapat kejayaan yang sebenar tanpa belas kasihan dari orang dan hasil dari diri sendiri. Ya, tak ada istilah bodoh dan cerdik. cuma ada istilah rajin atau malas saja. Cuma kita saja yang dapat menentukan kita ni cerdik atau bodoh. Tak dapat masuk universiti tak semestinya orang tu bodoh. terfikir sejenak dengan kata-kata seorang jutawan dunia ni, “I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft.”

banyak kata-kata rangsangan dan kisah benar dari orang terdekat dengan aku yang membuatkan aku terus kuat untuk tempuhi segala yang ada dihadapan. antaranya:-

 

-Jangan berangan nak dapatkan apa yang kita nak jika kita tak berani ambil risiko. (arpatlizz classmate dip)

-I left the hardest situation after I can handle it so that it can be a sweetest memory in my life. –myself

- “My dream to become a teacher was shattered loose. I got a job that what I learnt at University but I refused because I have no interest with that. I resigned and continue my study. With the hopes, I tried to apply a job as a lecturer and I did. Now, I am a lecturer for teacher-to-be.”

- “Cekalkan hati. Rezeki In Syaa Allah ada dimana-mana. Nak berhijrah, hati sentiasa akan diselubungi dengan keraguan, bila kita dah mulakan dengan langkah pertama, In syaa Allah kita akan nampak jalan.” - kakak.

-You've got to find what you love. And that is as true for your work as it is for your lovers. Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking. Don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on. So keep looking until you find it. Don't settle." - Steve Jobs.

Smile

xo~

mash up 2012

 

The best mash up after 2009 :’) Psy are the only Korean song..

Wednesday, January 9, 2013

menyepi dari blogging

 

assalamualaikum,

huh! rindu pulak nak menaip kt blog ni.. suram sepi je kat sini. yela, sejak ada IG blog dilupakan. cerita pasal fb pulak naik menyampah bila  sign in utk lihat perkembangan famly and rakan terdekat tapi bermacam kerenah manusia pulak kat fb tu.. fb tu memang ada masalah eh?? kejap “you and her already friend” tapi, bila tengok profile “add as friend” tak paham la aku pun. yang lagi naik menyampah bila ada stalkers yang out of no where pun nak add bagai. dengan takde mutual friendnye, dengan gambar n nama yang bukan-bukan. memang aku tak aprove la.. dalam sakit hati dengan fb ni, aku deactivated sementara. sampai bila pun aku tak tahu. cukup lah blog, twitter, n IG saja utk berkongsi dengan semua orang buat masa sekarang. :)

 

deactive fb2

till we meet again. xo~