Saturday, November 24, 2012

pilih

 

 

Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali
Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir
Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka
Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti
Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala
Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

 

Apabila melihat, mengkaji balik, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa, bila mereka yang masih lagi tinggal disana, mungkin mereka itu sudah tiada pilihan atau mempunyai tujuan tersendiri dan penyebab-penyebab yang mungkin mereka tidak dapat dielakkan. mungkin juga mereka sudah merasa selesa, atau sudahpun putus harapan untuk terus kehadapan berganjak dari takuk itu. dan kerana semua itulah takdir mereka tetap disana.

namun bagi aku, aku masih percaya pada rezeki Allah s.w.t dimana kita harus berusaha selagi mampu, tidak mahu menanti bulan jatuh keriba, termakan dengan janji-janji palsu. aku tak bodoh untuk diperbodohkan dengan semua kata manis yang tertulis namun hakikat dusta dan terhimpit oleh situasi tengang yang tidak berkesudahan hingga selamanya selagi pengurusan adalah dibawah manusia yang berhati batu dibuta dan dituli oleh wang semata-mata sehingga menindas orang yang tidak tahu apa-apa kerana penipuan demi penipuan dilahirkan dan menyelubungi akal fikiran orang yang terus berharap kepada harapan palsu. aku bersyukur kerana Allah masih memberi masa kepadaku untuk berfikir dan meneruskan kehidupan yang penuh cabaran untuk memilih jalan yang mana. kesemua jalan ada liku dan kelikir yang tidak dapat dielakkan selain terus mengharunginya. Aku percaya pada diri bahawa takdir ada dihadapan. bukan waktunya lagi untuk aku berhenti berjuang dan membina kehidupan yang hakiki untuk menunggu ajal menjemput. aku mempunyai masa lagi untuk terus berjihad mengapai cita-cita yang melangit aku letakkan sejak dari aku kanak-kanak.

Aku harus kuat kerana setiap langkah, setiap peringkat mempunyai cabaran yang berbeza mngikut kemampuan diri. Apa yang dibekalkan adalah semangat juang yang tinggi dan percaya pada Allah dan selalu mendekatkan dan meminta supaya Ia sentiasa berada disisi dalam susah mahupun senang. Apa yang aku dapat simpulkan adalah setiap orang mempunyai hala tuju berlainan dan berlainan jalannya.  “Sesiapa hendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga hendaklah ia mencari ilmu.” –Imam Syafie-

 

wassalam.

No comments:

Post a Comment