Sunday, October 21, 2012

rindu kepada kehilangan

 

kerinduan mulai menyelubungi

malam yang kelam

ditemani dedaun basah

dek kerana hujan melimpahi bumi

disaksikan bulan yang hanya menampakkan separuh tubuhnya

 

kehilangan yang telah lama pergi

mengintai sepi malam

mengusik kembali kenangan lama

diwaktu suka duga

 

bagai melambai-lambai memanggilku

untuk terus kedalam pelukan mereka.

sungguh, aku rindu akan kehilangan ini.

bagai mana cara dapatku kembali?

waktu telahpun menentukan segala.

 

kesalahanku, kerapuhanku,

membuatkan jurang

yang memisahkan

apa yang terapat.

 

putaran waktu,

hanya boleh menentu segala

sentiasa bergerak pantas

tak lambat dan tak cepat

bergerak dilandasan sekata

 

maafkan diatas segala kesalahanku.

No comments:

Post a Comment