Monday, July 9, 2012

nikmat pagi

 

 

subuh ini, aku terjaga dari buaian mimpi indah

sekian lama tak pernah dibuai mimpi sebegini

paru-paruku terasa segar apabila mengirup dalam udara pagi

sungguh nyaman menyegarkan tubuh lesu ini.

bilaku buka kelopak mata,

kulihat tingkap terbuka luas sambil langsir menari lembut

mulutku mengukir senyuman.

dikatil ini, diruangan kamar inilah aku membesar sehingga usia lapan belas tahun

sebelum aku melangkah keluar meneruskan hidup sebagai anak perantau.

jujur, tinggal dikota raya tak pernah sedetik pun hening pagi dapat menyegarkan tubuhku

malah melemahkan dan semangat hidup kian jatuh setiap kali celik mata dipagi hari.

aku bersyukur masih bekesempatan merasai nikmat pagi yang segar sebegini. =)

1 comment: