Saturday, May 5, 2012

fasa demi fasa

 

fasa mula,

terasa bagai mimpi yang tak mungkin

nyata.

ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

dulu, angan-angan mahu miliki

sekeping hati.

yang menjadi rebutan gadis-gadis cantik

lagi berkelayakan.

benar, aku sicomot terpulau dari rakan.

buruk dan tahu hal sendiri saja.

sedar, kelayakan tiada padaku.

jauh sekali pengertian “layak” untuk disuai padan dengan aku.

 

fasa dua, terasa aku di kerak bumi.

jika nak dibandingkan dengan kau,

melangit tinggi.

jodoh, kita jumpa.

aku hampa. aku tunduk sujud kebumi.

berpaling pandanganku dari kau.

sudah tiga tahun memberi perhatian

lagi terperinci tentang diri kau.

tahu, kau pasti berpunya.

tapi,

dalam tak sedar peluang datang.

sesatu tak dijangka

bahkan mustahil boleh berlaku.

tuhan maha kuasa.

dia beri cinta pada kita.

setahun dua aku teruja

masih dalam angan bayang hakikat ia,

benar.

hanyut dalam sungaimu. kau bawaku ke laut.

meniti babak demi babak.

 

fasa tiga,

aku percaya sepenuhnya.

aku bersyukur pada dasarnya.

laut tak pernah tenang.

sentiasa dilambung ombak badai.

sesekali taufan bertiup kencang.

tergugat juga kadang kala.

Alhamdulillah kita masih bertahan..

masih lagi sedang menunggu.

 

hai, bila pula fasa seterusnya??

tak sabar pula. =)

No comments:

Post a Comment