Friday, May 11, 2012

childhood memories #1

 

teringat pulak zaman sekolah rendah dulu,

minta duit 50sen dengan umi cakap cikgu suruh beli kertas manila sebab cikgu nak ajar buat cawan kertas.

bila pergi beli, kertas manila warna biru, terus capai pensel lukis cawan sebesar-besar kertas manila tu siap corak budak-budak kat tengah cawan tu, kemudian gunting.

umi tengok, macam nak marah tapi tak jadi sebab cakap cikgu suruh tetapi gunting sendiri-sendiri.umi cakap, tunggu abah balik kerja nanti umi report.

time tu tak paham ape-ape dan lupa cakap sendiri, dalam hati” eh, btul ke tadi cakap kat umi cikgu yang suruh??”

bila abah balik rumah, abah tersenyum je dan tanya cawan ni macam mana nak minum??

aku pun bercerita-ceriti macam budak darjah satu bercerita bagaimana nak tuang air dalam cawan tu dengan penuh khayalan yang aku sendiri pun dah lupa apa aku cakap time tu.

abah tak marah sebab dia tahu anak dia yang ni kreatif macam dia. ='D

No comments:

Post a Comment