Tuesday, April 24, 2012

shawl tutorial: hijab labuh


assalamualaikum,
image
memandangkan entry lama ini masih ada yang mencari dan link terus ke blog saya, jadi saya buka balik untuk tutorial ini. ye, saya tau luar sana berjuta-juta gadis yang buat tutorial shawl. so, ilmu milik Allah, marilah berkongsi bersama-sama. =)

 
Picture0282
nak gedik-gedik kat blog sendiri jap eh.  nak buat tutorial tudung labuh. actually, saya tak pakai sangat tudung labuh tapi slow-slow kearah tu lah. n_n
nah, ni tutorial:-
Picture0203
pin kat bawah dagu. sebelah paling pendek dan sebelah paling panjang.
Picture0205
macam ni. sebelah je pnjang.
Picture0206
then, yang panjang tu naikkan keatas mcam kat atas tu.
Picture0207
pin guna jarum.
Picture0208
then, tarik yang panjang tu kearah pendek macam dalam gambar.
Picture0209
lilitkan atas kepala macam tu….
Picture0211
pinkan guna jarum or krongsang. krongsang gantung-gantung pun boleh…
Picture0212
tada…. dah jadik.. n_n
Picture0216
Picture0222
senyuman manis untuk si manis saja.huhu.. gurau-gurau je. =P
tudung ni beli kat TudungPeople from numa collection sila search dalam facebook. dia punya shawl memang besar macam ni. saya suka! n_~

p/s: utk video, boleh lah ke channel youtube saya di http://www.youtube.com/user/nickyfara909/videos?view=0

wassalam… n_n ~












bidadari

 

Bidadari syurga, hiasan dunia,

telah diwajibkan keatasmu,

menutupi seluruh tubuhmu,

dari rambut hingga hujung kaki.

 

sempurnakanlah hijabmu,

adalah tanggungjawab sepanjang jihadmu,

menjadi muslimah sejati.

 

labuhkanlah tudungmu menutupi dada,

lindungilah sisi kanan dan kiri,

jangan biarkan seurat rambutmu terlepas,

hilangkan susuk tubuhmu

disebalik cebisan kain tebal,

dari pandangan ajnabi.

 

jadilah wanita perkasa,

berjihad sembunyikan aurat. =)

Friday, April 20, 2012

azam makan

 

hajat nak buat home made sushi. dah survey starter kit untuk home made sushi. dalam RM25.++ gtu.. yang penting, ada sea weed dan penggulung buluh tu. beras sushi dan kicap soya senang je nak cari. n_n

ter-excited la pulak!~ \(n.n)/

makan

 

DSC_0050 (2)

roti kesukaan. tandori set dan nan cheese at syed bistro sek12 PJ.

Thursday, April 19, 2012

serabut dalam selesa

 

salah ke aku nak nampak kemas?

salah ke aku bersiap?

aku benci pandangan simata liar.

 

tak ketat namun terletak.

aku tak seksi, betul! aku tak tipu.

sedangkan mengenakan jubah hitam besar tanpa corak,

tudung dilabuhkan melepasi bahu dan dada pun masih mencuri pandangan.

tabbaruj berjubah?? oh, itu tak kena dan itu bukan aku tika itu

tapi mengapa pandangan masih lagi gatal??

hey pemuda, tolong waspada.

aku dah berpunya.

ini bukan perasaan, ini kenyataan.

terima kasih penyelia kerana maklumkan perkara ini.

 

macam betul kata muiezz baju tak cantik,

menarik mata yang memandang.

terima kasih muiezz kerana memuji

terima kasih juga kerana mengkritik.

 

aku benci si panah mata api,

tolong jaga mata anda

jangan terlalu pandang wanita

aku tak selesa!!

kerana mata iman kau goyah,

kerana mata juga hubungan retak!

 

perlukah aku berpurdah?

aku masih rapuh tak daya. T_T

 

alangkah baik jika dapat berjihad dan istiqamah dalam hijrah…  =|

lautan luas


terima sebuah bahtera,
dengan penuh taat dan setia,
beruntung kompas menuju utara,
telah dikemudi dengan agama.

terlalai oleh godaan ombak,
hanyut ditengah perjalanan usia,
terima isyarat si rumah api. syukurlah.

menjadi nakhoda bukan mudah,
dipukul kuat ribut laut,
jangan lemah disangka rapuh,
terkaram dilautan penuh pusaran.

kedewasaan banyak pancaroba,
gah lah si hati melawan nafsu,
berjaya ditawan istiqamah tiada,
harus berwaspada dengan perilaku.

senjata utama wajib bersedia,
untuk menegak panji agama,
pohon bersujud pada yang Esa,
supaya istiqamah kuat dihati…

feel like floating in the air

 

jimat dan jenama

 

 

Pengaruh jenama memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan perbelanjaan harian pengguna. Dalam hal ini, golongan remaja dikatakan mudah terpengaruh dengan penggunaan sesuatu jenama. Apabila sesuatu jenama terkenal berada di pasaran, para remaja akan berusaha membelinya dan apabila ia menjadi ikutan ramai, maka terbentuklah budaya mengagung-agungkan sesuatu jenama itu. Ramai remaja ingin memiliki seluar jeans, kemeja, t-shirt, jam tangan dan kasut berjenama. Antara jenama yang sering menjadi tumpuan remaja termasuklah Calvin Klein, Donna Karan New York (DKNY), Giorgio Armani, Guess dan sebagainya.

Remaja dikatakan sanggup membelanjakan wang untuk mendapatkan sesuatu jenama yang mereka inginkan tanpa memikirkan kesannya. Pemberian wang berlebihan kepada remaja secara tidak langsung mendidik para remaja ke arah gejala perbelanjaan yang tidak sihat. Ini akan memberi kesan yang buruk terhadap corak perbelanjaan remaja di mana mereka akan mengamalkan sikap boros dan tidak berjimat cermat. Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak dengan memberi kebebasan yang melampau kepada anak-anak mereka juga mendorong remaja mengamalkan perbelanjaan yang tidak sihat.

Soalnya ialah had kebebasan perbelanjaan di kalangan anak-anak perlu diberi perhatian. Di sini, peranan ibu bapa adalah amat penting. Ibu bapa harus sedar tentang setiap sen yang dibelanjakan dan diberikan kepada anak-anak mereka perlu dibelanjakan dengan sebijaknya. Tegasnya, pendidikan asas kepenggunaan harus dipraktikkan.

Dalam pada itu, aspek pengaruh rakan sebaya turut memainkan peranan penting. Selain ibu bapa, orang yang paling dekat dengan remaja ialah rakan sebaya mereka. Apa yang dilakukan oleh rakan remaja akan diikuti oleh remaja yang lain. Memandangkan pengaruh rakan sebaya amat kuat dalam mencorakkan perbelanjaan harian remaja berkenaan, ibu bapa seharusnya membuat pengawasan terhadap anak-anak mereka dalam soal perbelanjaan harian.

Dalam pada itu, gejala terlalu mementingkan sesuatu jenama dan corak perbelanjaan yang tidak sihat di kalangan remaja juga mempunyai kaitan rapat dengan sistem pendidikan di negara kita. Pada masa sekarang tidak ada mata pelajaran khusus tentang kepenggunaan yang diajarkan di sekolah-sekolah. Keahlian kelab-kelab pengguna sekolah juga bukanlah sesuatu yang diwajibkan. Hanya para pelajar yang berminat sahaja yang akan menyertainya. Oleh itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang mendalami pengetahuan dalam bidang kepenggunaan ini.

Justeru itu, untuk memastikan aspek kepenggunaan dipupuk dari peringkat awal umur seseorang, pendidikan kepenggunaan harus ditetapkan dalam sistem pendidikan negara kita. Ini secara langsung akan melahirkan seorang pengguna yang berwibawa dan pintar dalam mencorak perbelanjaannya.

Iklan juga memainkan peranan dalam mempengaruhi remaja supaya membeli jenama-jenama terkenal dan mahal. Iklan-iklan berjenama ini biasanya menampilkan gaya hidup yang menarik. Iklan sebegini sebenarnya amat berjaya menarik minat remaja membeli barangan berjenama berkenaan. Disebabkan iklan mempunyai daya penarik, golongan remaja mudah terpengaruh untuk membeli barangan yang berjenama mahal walaupun barangan itu bukan merupakan suatu keperluan.

Oleh itu untuk membendung gejala ini, iklan-iklan juga seharusnya dapat mendidik pengguna dan bukan hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan berlebihan semata-mata.

Secara keseluruhannya, aspek pengaruh jenama di kalangan pengguna remaja harus diberi perhatian dari peringkat awal perkembangan anak-anak. Kita tidak ingin melahirkan pengguna yang sangat mementingkan jenama semata-mata sedangkan barangan yang tidak berjenama mahal juga mempunyai kualiti dan mutu yang sama. Pengguna harus dididik untuk bijak memilih agar tidak mudah terpengaruh dengan jenama sahaja. Barangan berjenama terkenal biasanya dikaitkan dengan barangan yang menawarkan harga yang mahal, bermutu tinggi dan tahan lama. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa barangan yang tidak berjenama terkenal tidak semestinya mempunyai kualiti dan mutu yang rendah. Apa yang penting ialah pengguna harus bijak memilih dan dapat membelanjakan wang mereka dengan bijak.

Dalam hal ini, ibu bapa harus memainkan peranan yang sewajarnya untuk mendidik anak-anak remaja mereka aspek kepenggunaan yang baik dan rasional. Walau bagaimanapun untuk mencapai hasrat melahirkan pengguna yang bijak ini, semua pihak perlu berganding bahu merealisasikannya.

Perlu ditekankan di sini bahawa kebebasan, keunggulan, gaya dan mutu hanyalah kualiti atau sifat barang-barang berkenaan dan bukannya sifat pemakainya. Janganlah terkeliru dengan iklan dan jenama sahaja.

by: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

sumber: Pengaruh Jenama Terhadap Remaja

 

Apabila baca artikel ni, baru terfikir dan berkira-kira kemana lah duit gaji selama ni selalu je tak cukup. benar betul kata en.muiezz. barang jenama biar la ada satu atau dua saja untuk dipakai ke majlis keraian saja. untuk pakai hari-hari biar la yang murah-murah asal ada kualiti. teringat pulak pesan kakak yang kawannya dahulu pernah kerja kat sebuah syarikat berjenama, lepas habis je musim rekaan baju berkenaan, dorang buang tag jenama, dan jual dengan harga yang teramat murah!

so, jangan tertipu dan pandang rendah terhadap barang yang tak berjenama. pasni, memang aku sapu la beg kat carefour tadi.. pergh lawa mengikut citarasa aku! cari kat branded concept store tak jumpe pulak yang kena ngan citrasa… =.=

yang paling penting, barang keinginan dapat, duit kumpul kawen pun ada. n_~

Wednesday, April 18, 2012

aktiviti cuti: putrajaya puchong




SAM_4239
goal sebenar adalah pergi bermain dengan si kecil jagaan kak za. namun, muiezz balik kerja lambat dan bebudak tu pun dah balik kepangkuan mak ayah mereka. so, kami bawak buah tangan kfc di beli di alamanda untuk kak za dan abang apis saje la..


SAM_4242
hai, saya encik muiezz.

SAM_4254
(gambar diambil time balik)
otw balik dari rumah kak za, pergi berjalan di ioi puchong. mengidam nak makan sushi. masa masuk nak park kete full la pulak siap beratur tak tahan tu kat sushi king. tengok, tali merah tu menandakan customer ramai sampai beratur luar restoran….. hampa nak makan sushi king… >.<


SAM_4249
berjalan round-round jj, selepas beli barang yang nak dibeli, tekak terasa dahaga vanilla coke saja. so masuk bahagian makanan terserempak dengan sushi jj. yeay!! ada juga rezeki makan sushi hari ni… nyummy nyummy!!


SAM_4252
nah air idaman dan kesukaan bakal ayah mertua juga.. =P



and last but not least, thanks to en.aaron muiezz mustafa dapat jugak jumpa manusia kesayangan ni.. rindu kamu… =’D

xoxo~

SG fan

 

image

kemas rumah sambil layan SG. n_~

Tuesday, April 17, 2012

office lama

 

venue: utusan airtime sdn. bhd. sek. 14 petaling jaya.

goal: amik baju yang dijahit oleh kak ain n kain songket yang dijual oleh kak ina sambil berjumpa dengan mereka yang merinduiku. =P

 

DSC_0004 (2)

 

DSC_3512

DSC_3507

DSC_0007 (2)

DSC_0006 (2)

DSC_0016 (2)

DSC_0015 (2)

DSC_0034 (2)

 

DSC_0036 (2)

i always miss you guys! T_T

Sunday, April 15, 2012

belong

 

aku tak tahu. keberapa juta kali aku tukar nama blog ni. bukan setakat nama, link dan entries sekali aku duk mengedit.

first nama blog aku dulu biskut hangus. then untalkative’s diary, untalkative’s blog, the other sight, luah dalam diam, teman, dan bermacam-macam namalah aku tukar sampai aku sendiri lupa. =.=’’

sekarang, aku berbalik kepada asal. untalkative’s diary. kusut memikirkannya.

entry yang mencecah ribuan dulu, semua aku simpan. jadikan memori. tak perlu dipamerkan lagi. dosa lama, takkan nk ingat dan dicanang canangkan lagi. biar lah jadi pedoman hidup supaya tak lakukan lagi.  -_-

Saturday, April 14, 2012

i wish: bag packing travelling

 

travel

saya berharap sangat dapat menjelajahi dunia dengan back packing. terutama ke kawasan bersalji..

berharap semoga harapan menjadi kenyataan…  (-_-)

perlu

 

SAM_4236

apa yang perlu ada ketika keluar rumah?

bagi saya, kesemua diatas harus ada dalam beg.

tisu, supplement vitamin, ubat ulser, ubat sakit perut, penadol, buku nota, pens, kad touch n go, pad, kunci, hand fon, dompet, earfon, alatan mekap (x wajib), bedak, bb cream, tony tint, lipice, lipstick, eyeliner, eyeshadow hitam, blusher blablabla.. berubah mengikut keadaan.

 

how about you? =)

Friday, April 13, 2012

tuju

 

beli banyak, beli besar,

simpan dalam kotak, dalam almari.

hati meronta hina,

namun perilaku masih belum bersedia untuk yang sedemikian. >.<

 

beli yang cantik dan yang comel

beli yang mahal dan eksklusif.

simpan dalam kain, dalam kotak atas almari

kerana masih belum tiba waktu dan takdirnya. =)

 

tak sabar menunggu masa,

untuk memdapat setitis air

si hati seumpama dapat meneguk air ketika kontang

dapat membersih tengkak yang hina.

 

semoga berjalan lancar si hijrah,

menuju jalan Allah,

InsyaAllah..

Amiin.. =)

Monday, April 2, 2012

how to take your own passport picture

 

set up your camera with tripod stand or else with same level when you seat.

DSC_0238

 

 

DSC_0236

don’t forget to put the shade to avoid over light at the camera pan.

 

DSC_0240

set up your focus with self timer.

 

SAM_4117_thumb[1]

take your time and get ready to snap!

 

2

crop, and adjust the lighting and sharpen in adobe photoshop, photoscape or etc. i wore my supervisor’s jacket. so i must edit the name “rozita” to “farahanis”.

 

 

SAM_4118

i don’t know how to edit the name in the photoshop. then, i find an alternative way which is, i took my name’s picture  from my university’s jacket and edit it in photoshop like below.

name putih

crop, and change the colour.

 

3

change the back ground to passport back ground and erase the name.

 

4

then, take a few minutes to clone your real name and wallah! =)

 

sorry for my language and thanks for reading. Winking smile